Apa yang berlaku sebelum pelanggan masuk premis awak
Enam saat yang menentukan sama ada mereka datang, atau scroll ke tempat lain.
Ada orang sedang cari premis macam awak.
Dia buka telefon. Sepuluh tab terbuka. Homestay, kafe, klinik, sekolah, dewan. Semua nampak sama pada skrin sekecil itu.
Google tunjuk tiga pilihan. Semua nampak sama.
Local Pack keluar dengan peta dan tiga penyenaraian. Nama, bintang, jarak. Tapi soalan dalam kepala dia tak terjawab. Luas ke? Bersih ke? Selesa ke? Cukup ke untuk keluarga saya?
Dia scroll ke tempat lain.
Bukan sebab premis awak tak bagus. Premis awak memang bagus. Dia cuma tak dapat bayangkan dirinya berada di dalam. Ragu sedikit sahaja sudah cukup untuk dia berhenti.
Kecuali satu penyenaraian ada butang 360.
Dalam Local Pack yang sama, satu ada lencana 360 dan pautan "Lihat dalam". Itu yang mengundang orang menekan. Bukan sebab nama lebih sedap, tapi sebab mereka boleh tengok sebelum pergi.
Orang datang dengan sudah nampak tempatnya.
Awak kurang melayan soalan yang sama berulang kali. Lawatan yang tak jadi apa-apa pun makin sikit. Yang datang, datang sebab sudah pusing-pusing tengok kawasan dan bilik, dan tahu apa yang boleh dijangka.
Ia milik awak. Bukan sewa bulanan.
Satu kali bayar, satu pautan. Awak letak di website, di Google Business Profile, di bio Instagram, dalam WhatsApp Business, dalam proposal. Ia bekerja 24 jam tanpa awak perlu jawab.






